Sunday 5 May 2013


Dondang Sayang Melaka








Peta Minda Kegemilangan Melaka



  








Tokoh-tokoh Zaman Kesultanan Melayu Melaka






Imej Sejarah Kesultanan Melayu Melaka



Gamabar Parameswara mengikut ilustrasi pelukis


Peristiwa Melaka mendapat nama



Istana Melaka




Pembesar sedang mengadap sultan

Kegemilangan Melaka




Kedatangan Portugis



Kedatangan Portugis
a)            Sebab kedatangan.
1.            Sebab Portugis ke Timur ialah Gospel (agama), Gold (ekonomi) dan Glory (politik).
2.            Putera Henry mendorong pelayar dan orang Portugis belayar ke Timur.
3.            Portugis menemui jalan laut ke Timur.
4.            Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Tanjung Harapan di selatan Afrika.
5.            Vasco da Gama  sampai di India
6.            Lopez de Squeira  tiba di Melaka.
7.            Portugis ingin meneruskan Perang Salib.
8.            Menghancurkan kerajaan Islam di Timur termasuk Melaka yang menjadi pusat
               perkembangan dan penyebaran Islam.
9.            Ingin menyebarkan gama Kristian di Timur
10.          Ingin menguasai perdagangan rempah yang dikuasai oleh pedagang Islam.
11.          Pedagang Islam yang mendapat bekalan rempah daripada pelabuhan Melaka 
               menjual dengan harga yang tinggi di Eropah.
12.          Pada pandangan Portugis, jika menguasai Selat Melaka mereka akan mendapat 
                keuntungan yang lumayan.
13.          Rempah ratus diperlukan di Eropah untuk :
               i.              mengawet makanan
               ii.             menyedapkan makanan seperti daging
               iii.            memanaskan badan.
b)            Portugis menguasai Melaka.
1.            Lopez de Sequeira dan angkatannya dihantar oleh Raja Portugal ke Melaka untuk
                memulakan hubungan
2.            Kedatangan mereka mulanya disambut baik oleh Sultan Mahmud Shah.
3.            Dibenarkan berniaga di Melaka dan dijamin keselamatan mereka oleh sultan Melaka.
4.            Pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat mendapat maklumat bahawa kedatangan 
               Portugis untuk menguasai perdagangan dan menentang   Islam.
5.            Perkara ini disampaikan kepada Bendahara Tun Mutahir.
6.            Tun Mutahir menasihatkan sultan agar menangkap orang Portugis termasuk pegawai 
                kanan mereka Ruy de Araujo.
7.            Beberapa orang Portugis yang ditangkap  mati dibunuh.
8.            Lopez de Sequeira dan beberapa pengikutnya berjaya lari ke Goa.
9.            Raja Portugal hantar angkatan laut pimpinan Alfonso de Albuquerque untuk 
               menyerang Melaka.
10.          Alfonso menuntut
                i.              pembebasan tawanan Portugal
                ii.             menuntut ganti rugi
                iii.            meminta  mendirikan kubu di Melaka.
11.          Sultan Mahmud menolak tuntutan Alfonso
12           Alfonso bertindak menyerang Melaka.
13.          Serangan pertama Alfonso – jambatan Sungai Melaka dikuasai.
14.          Kejayaan Alfonso kerana Si Kitol memberi maklumat tentang kekuatan pertahanan 
                Melaka kepada Portugis.
15.          Melaka yang diketuai oleh Sultan Ahmad Shah melancarkan serangan balas 
                sehingga askar Portugis terpaksa berundur.
16.          Semangat perjuangan askar Melaka membara apabila  mendengar kisah Hikayat 
                Muhammad Ali Hanafiah.
17.          Dalam serangan kedua – Alfonso berjaya menguasai Melaka.
18.          Sultan Ahmad Shah, Sultan Mahmud Shah bersama keluarga, pembesar dan rakyat 
                berundur ke Muar.
19           Kemudiannya berundur ke Pahang
20.          Seterusnya ke Bentan.
21.          Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mendirikan sebuah kerajaan baru selepas 
                kemangkatan  anaknya Sultan Ahmad Shah.

Kemerosotan Kesultanan Melaka


   Faktor kemerosotan Melaka
a)            Kelemahan dan kepemimpinan
1.            Selepas kematian Bendahara Tun Perak, diganti oleh Bendahara Tun Mutahir.
2.            Tun Mutahir bersikap pilih kasih
3.            Timbul perasaan iri hati pembesar lain terhadap Bendahara Tun Mutahir.
4.            Tun Mutahir difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan Melaka.
5.            Sultan Mahmud Shah  jatuhkan hukum bunuh terhadap Tun Mutahir dan ahli keluarganya tanpa usul periksa.
6.            Selepas sultan menyedari kesilapannya, beginda serahkan pemerintahan negeri kepada puteranya Raja Ahmad sebagai sultan Melaka.
7.            Sultan Ahmad Shah pemerintah lemah dan tidak cekap.
8.            Bendahara Tun Perpatih Putih  yang gantikan Tun  Mutahir – uzur/sakit
9.            Pentadbiran lemah kerana :
i.              Tiada pemimpin berwibawa
ii.             Berlaku rasuah
iii.            Fitnah  berleluasa.
10.          Sistem cukai sedia ada tidak diamalkan, – kadar cukai yang tinggi dikenakan.
11.          Kesannya pedagang memilih pelabuhan lain seperti Acheh, Bantam, Patani dan Brunei.
b)            Masalah perpaduan
1.            Perlantikan Tun Mutahir sebagai bendahara Melaka menimbulkan semula persaingan orang Melayu dengan orang India Muslim.
2.            Persaingan berlaku kerana amalan pilih kasih dalam pentadbiran.
3.            Perebutan pengaruh wujud antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir (keturunan India Muslim).
4.            Raja Mendeliar memfitnah Tun Mutahir yang dikatakan cuba mengatasi kekayaan sultan.
5.            Akibatnya sultan membunuh Tun Mutahir dan keluarganya tanpa usul periksa.
6.            Rakyat Melaka berpecah belah,
7.            Perdagangan Melaka merosot.
8.            Keutuhan kerajaan terjejas.
c)            Kelemahan askar Melaka
1.            Askar Melaka menggunakan senjata tradisional seperti :
i.              keris, tombak
ii.             panah
iii.            perisai
iv.           sumpit beracun.
2.            Askar Melaka mempunyai senjata seperti senapang dan meriam.
3.            Senjata Portugis lebih baik, contohnya meriam Portugis boleh menembak dari jarak yang lebih jauh lagi.
4.            Angkatan perang Melaka didapati tidak mempunyai struktur yang lengkap
5.            Angkatan perang Portugis dipimpin oleh Alfonso de Albuquerque yang dilantik oleh Raja Portugal untuk mengetuai serangan.
6.            Askar Portugis lebih terlatih dan mendapat sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa, India.
7.            Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri ketika Portugis menyerang Melaka

Kedatangan Kuasa Luar ke Melaka


 KEDATANGAN KUASA LUAR
Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan telah menarik minat kuasa  luar datang ke Melaka.Kedatangan kuasa luar ini disebabkan oleh penemuan jalan laut, penyebaran agama dan keperluan bahan mentah. 



Kedatangan Portugis
Portugis telah datang ke Melaka pada tahun 1509. Pada awalnya kedatangan mereka hanya untuk berdagang. Oleh sebab Melaka menjadi pusat perdagangan rempah dan enterpot yang terkenal, Portugis telah menawan Melaka pada tahun 1511.


Kedatangan Belanda
Belanda   telah pun bertindakk di Betawi (Indonesia) semasa menguasai Melaka. Belanda  ingin monopoli kawasan perdagangan di Selat Melaka. Selain itu, Belanda juga hendak menguasai rempah dan bijih timah. Belanda dengan bantuan Johor telah menakluki Melaka pada tahun 1641.


Kedatangan British
Semasa Belanda menguasai Melaka, pihak British telah bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786. Namun pelabuhan Pulau Pinang tidak berkembang maju, oleh itu, British hendak menguasai pelabuhan Melaka serta ingin menguasai kawasan bijih timah di Semenanjung Tanah Melayu. Melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 18824, British telah dapat menduduki Melaka.

Peluasan Kuasa Melaka


       Empayar Kesultanan Melayu Melaka

                               

 
 
                            
                         

                             

Kegemilangan Melaka Sebagai Pusat Pengembangan Agama Islam


 PUSAT PENGEMBANGAN AGAMA ISLAM

 
  • Bukti Islam telah bertapak :
    • Kedah ; batu nisan di Tanjung Inggeris, - abad ke-9
    • Terengganu : batu bersurat Kuala Berang- abad ke-13
    • Melaka : Megat Iskandar Shah memeluk Islam-abad ke-15

       
Kedatangan Agama Islam ke Melaka
  • Antara cara agama Islam disebarkan di Melaka ialah melalui perkahwinan Sultan Melaka, iaitu Megat Iskandar Shah dengan Puteri Raja Pasai yang memeluk Islam.
  • Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.
  • Pedagang Islam dari Arab dan India menyebarkan agama Islam ke Melaka melalui kegiatan dakwah. Ada antara mereka yang berkahwin dengan masyarakat Melaka dan menyebarkannya kepada penduduk tempatan.
  • Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama Islam.
Keunggulan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam
  • Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah.
  • Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama.
  • Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran.
  • Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim al-Jali yang mengarang kitab Insan al-Kamil.
  • Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam.
  • Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat amir Hamzah dan Hikayat Muhammad ali Hanafiah.
  • Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran.
Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam
  • Melalui perdagangan 
    • Ramai pedagang asing yang memeluk Islam di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tempat asal mereka. 
  • Melalui peranan tentera upahan
    • Misalnya, tentera upahan dari Jawa yang memeluk agama Islam di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tanah air.
  • Melalui penaklukan
    • Raja di negeri taklukan memeluk Islam untuk menjamin keselamatan negeri dan menunjukkan taat setia kepada sultan Melaka.
  • Peranan pendakwah, ulama dan ahli agama (sufi)
    • Mereka telah menyebarkan Islam ke Jawa, Kalimatan, dan selatan Filipina dengan cara berhemah dan bukan dengan paksaan.
  • Melalui perkahwinan politik
    • Putera dan puteri Melaka dengan putera dan puteri kerajaan lain. 
    • Contohnya, puteri Sultan Mansur shah berkahwin dengan putera Raja Pasai.
  • Peranan pemerintah Melaka
    • Contohnya, menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar, dan Inderagiri serta member galakan kepada pendakwah untuk menyebarkan agama Islam. 
Sinar Islam di Melaka
  • Dalam pentadbiran
    • Institusi kesultanan telah menggantikan sistem beraja dan gelaran raja digantikan dengan sultan.
    • Menggunakan undang-undang fikah (syariah) seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
  • Pengajian al-Quran menjadi asas sistem pendidikan di Melaka.
  • Bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu dan lingua franca. Tulisan jawi digunakan secara meluas.
  • Agama Islam mempengaruhi kesenian, contohnya ukiran di kubah masjid, mimbar, mihrab, menara azan, dan batu nisan. Terdapat tulisan khat dan ukiran berbentuk bunga, geometri dan ayat al-Quran atau hadis.
  • Amalan masyarakat seperti upacara khatam al-Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah.

Saturday 4 May 2013

Struktur Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dan Struktur Pentadbiran Negara Malaysia kini





JAWATAN PENTADBIRAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

TUGAS
JAWATAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA PADA HARI INI
Bendahara
Ketua Pentadbir Negara
Perdana Menteri
Penghulu Bendahari
Menjaga kewangan dan mengurus perbelanjaan negeri
Menteri Kewangan
Temenggung
Menjaga keselamatan negara
Menteri Dalam Negeri
Laksamana
Menjaga perairannegara
Ketua Turus Angkatan Tentera Laut

Pusat Perdagangan

Peta Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa

    


Tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka

TOKOH DAN SUMBANGAN

Parameswara

  • mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka
  • memajukan Melaka daripada sebuah perkampungan nelayan sehingga menjadi pusat perdagangan
  • menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara China
Sultan Muzaffar Shah

  • menjadikan Melaka sebagai pusat pengajian agama Islam
  • menggubal Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
Sultan Mansor Shah

  • memperluas kuasa Melaka dengan menakluki Bernam, Perak dan Siak
Sultan Alauddin Riayat Shah

  • mempertingkatkan keselamatan dan keamanan Melaka
Bendahara Tun Perak

  • menjadi Bendahara semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
  • memastikan dasar peluasan kuasa berjaya. Buktinya beliau menguasai Pahang
  • menguruskan pentadbiran negara dengan bijaksana

KEGEMILANGAN MELAKA

PENTADBIRAN YANG SISTEMATIK

Kerajaan Melaka diketuai oleh Sultan. Sultan mempunyai kuasa yang tertinggi dan hampir berkuasa penuh dalam pentadbiran negeri. Dalam mentadbirkan negeri, Sultan dibantu oleh Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh Orang Besar Empat, iaitu Bendahara, Temenggung, Laksamana, dan Penghulu Bendahari.

Berikut adalah peranan dan tugas Raja dan Pembesar-pembesar negeri :
Sultan

  • pemerintah negeri, ketua pentadbir, ketua agama Islam, dan ketua tentera
  • hampir berkuasa penuh dalam pentadbiran negara
Bendahara

  • penasihat utama dan pembesar terpenting sultan
  • ketua eksekutif kerajaan, iaitu sama seperti jawatan Perdana Menteri sekarang
  • memangku jawatan sultan apabila baginda tiada dalam negeri atau gering
Penghulu Bendahari

  • bertanggungjawab mengendalikan perbelanjaan negeri
  • mengutip cukai serta bayaran lain yang ditentukan oleh kerajaan
  • beliau dibantu oleh bendahari-bendahari Melaka dan syahbandar
Temenggung

  • mengetuai pasukan keselamatan dalam negeri, 
  • ketua polis dan ketua penjara, ketua protokol istana, hakim kes-kes jenayah di darat, penguasa kota Melaka
  • bertanggungjawab menjaga keamanan dalam negeri serta keselamatan sultan
Laksamana

  • ketua angkatan laut, pengawal keselamatan sultan
  • ketua utusan diraja ke seberang laut

Gambar-gambar Bersejarah

Kota A Famosa

Istana Melaka

Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka

Sultan-sultan Melaka

                             SULTAN-SULTAN MELAKA DAN KETURUNANNYA

Parameswara

Latar Belakang Parameswara

Melaka Mendapat Nama

Melaka mendapat namanya setelah berlaku peristiwa aneh sewaktu Parameswara serta pengikutnya pergi berburu. Sewaktu berehat di bawah sepohon pokok, anjing buruan Parameswara cuba menangkap seekor pelanduk putih. Walaupun kecil, pelanduk putih itu telah berjaya menendang anjing buruan Parameswara sehingga terjatuh ke dalam sungai.
      Parameswara yang ternampak peristiwa itu berasa amat kagum melihat akan keberanian dan kekuatan pelanduk putih itu. Parameswara dan para pengikutnya bersependapat bahawa tempat itu sungguh istimewa dan sesuai untuk dijadikan negeri setelah menyaksikan peristiwa itu.
      Baginda kemudiannya menamakan tempat itu Melaka, bersempena dengan nama pohon tempat baginda berehat.