Saturday 4 May 2013

KEGEMILANGAN MELAKA

PENTADBIRAN YANG SISTEMATIK

Kerajaan Melaka diketuai oleh Sultan. Sultan mempunyai kuasa yang tertinggi dan hampir berkuasa penuh dalam pentadbiran negeri. Dalam mentadbirkan negeri, Sultan dibantu oleh Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh Orang Besar Empat, iaitu Bendahara, Temenggung, Laksamana, dan Penghulu Bendahari.

Berikut adalah peranan dan tugas Raja dan Pembesar-pembesar negeri :
Sultan

  • pemerintah negeri, ketua pentadbir, ketua agama Islam, dan ketua tentera
  • hampir berkuasa penuh dalam pentadbiran negara
Bendahara

  • penasihat utama dan pembesar terpenting sultan
  • ketua eksekutif kerajaan, iaitu sama seperti jawatan Perdana Menteri sekarang
  • memangku jawatan sultan apabila baginda tiada dalam negeri atau gering
Penghulu Bendahari

  • bertanggungjawab mengendalikan perbelanjaan negeri
  • mengutip cukai serta bayaran lain yang ditentukan oleh kerajaan
  • beliau dibantu oleh bendahari-bendahari Melaka dan syahbandar
Temenggung

  • mengetuai pasukan keselamatan dalam negeri, 
  • ketua polis dan ketua penjara, ketua protokol istana, hakim kes-kes jenayah di darat, penguasa kota Melaka
  • bertanggungjawab menjaga keamanan dalam negeri serta keselamatan sultan
Laksamana

  • ketua angkatan laut, pengawal keselamatan sultan
  • ketua utusan diraja ke seberang laut

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.