Dondang Sayang Melaka
Sunday, 5 May 2013
Imej Sejarah Kesultanan Melayu Melaka
Kedatangan Portugis
Kedatangan Portugis
a) Sebab kedatangan.
1. Sebab Portugis ke Timur ialah Gospel (agama), Gold (ekonomi) dan Glory (politik).
2. Putera Henry mendorong pelayar dan orang Portugis belayar ke Timur.
3. Portugis menemui jalan laut ke Timur.
4. Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Tanjung Harapan di selatan Afrika.
5. Vasco da Gama sampai di India
6. Lopez de Squeira tiba di Melaka.
7. Portugis ingin meneruskan Perang Salib.
8. Menghancurkan kerajaan Islam di Timur termasuk Melaka yang menjadi pusat
perkembangan dan penyebaran Islam.
9. Ingin menyebarkan gama Kristian di Timur
10. Ingin menguasai perdagangan rempah yang dikuasai oleh pedagang Islam.
11. Pedagang Islam yang mendapat bekalan rempah daripada pelabuhan Melaka
menjual dengan harga yang tinggi di Eropah.
12. Pada pandangan Portugis, jika menguasai Selat Melaka mereka akan mendapat
keuntungan yang lumayan.
13. Rempah ratus diperlukan di Eropah untuk :
i. mengawet makanan
ii. menyedapkan makanan seperti daging
iii. memanaskan badan.
b) Portugis menguasai Melaka.
1. Lopez de Sequeira dan angkatannya dihantar oleh Raja Portugal ke Melaka untuk
memulakan hubungan
2. Kedatangan mereka mulanya disambut baik oleh Sultan Mahmud Shah.
3. Dibenarkan berniaga di Melaka dan dijamin keselamatan mereka oleh sultan Melaka.
4. Pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat mendapat maklumat bahawa kedatangan
Portugis untuk menguasai perdagangan dan menentang Islam.
5. Perkara ini disampaikan kepada Bendahara Tun Mutahir.
6. Tun Mutahir menasihatkan sultan agar menangkap orang Portugis termasuk pegawai
kanan mereka Ruy de Araujo.
7. Beberapa orang Portugis yang ditangkap mati dibunuh.
8. Lopez de Sequeira dan beberapa pengikutnya berjaya lari ke Goa.
9. Raja Portugal hantar angkatan laut pimpinan Alfonso de Albuquerque untuk
menyerang Melaka.
10. Alfonso menuntut
i. pembebasan tawanan Portugal
ii. menuntut ganti rugi
iii. meminta mendirikan kubu di Melaka.
11. Sultan Mahmud menolak tuntutan Alfonso
12 Alfonso bertindak menyerang Melaka.
13. Serangan pertama Alfonso – jambatan Sungai Melaka dikuasai.
14. Kejayaan Alfonso kerana Si Kitol memberi maklumat tentang kekuatan pertahanan
Melaka kepada Portugis.
15. Melaka yang diketuai oleh Sultan Ahmad Shah melancarkan serangan balas
sehingga askar Portugis terpaksa berundur.
16. Semangat perjuangan askar Melaka membara apabila mendengar kisah Hikayat
Muhammad Ali Hanafiah.
17. Dalam serangan kedua – Alfonso berjaya menguasai Melaka.
18. Sultan Ahmad Shah, Sultan Mahmud Shah bersama keluarga, pembesar dan rakyat
berundur ke Muar.
19 Kemudiannya berundur ke Pahang
20. Seterusnya ke Bentan.
21. Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mendirikan sebuah kerajaan baru selepas
kemangkatan anaknya Sultan Ahmad Shah.
Kemerosotan Kesultanan Melaka
Faktor kemerosotan Melaka
a) Kelemahan dan kepemimpinan
1. Selepas kematian Bendahara Tun Perak, diganti oleh Bendahara Tun Mutahir.
2. Tun Mutahir bersikap pilih kasih
3. Timbul perasaan iri hati pembesar lain terhadap Bendahara Tun Mutahir.
4. Tun Mutahir difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan Melaka.
5. Sultan Mahmud Shah jatuhkan hukum bunuh terhadap Tun Mutahir dan ahli keluarganya tanpa usul periksa.
6. Selepas sultan menyedari kesilapannya, beginda serahkan pemerintahan negeri kepada puteranya Raja Ahmad sebagai sultan Melaka.
7. Sultan Ahmad Shah pemerintah lemah dan tidak cekap.
8. Bendahara Tun Perpatih Putih yang gantikan Tun Mutahir – uzur/sakit
9. Pentadbiran lemah kerana :
i. Tiada pemimpin berwibawa
ii. Berlaku rasuah
iii. Fitnah berleluasa.
10. Sistem cukai sedia ada tidak diamalkan, – kadar cukai yang tinggi dikenakan.
11. Kesannya pedagang memilih pelabuhan lain seperti Acheh, Bantam, Patani dan Brunei.
b) Masalah perpaduan
1. Perlantikan Tun Mutahir sebagai bendahara Melaka menimbulkan semula persaingan orang Melayu dengan orang India Muslim.
2. Persaingan berlaku kerana amalan pilih kasih dalam pentadbiran.
3. Perebutan pengaruh wujud antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir (keturunan India Muslim).
4. Raja Mendeliar memfitnah Tun Mutahir yang dikatakan cuba mengatasi kekayaan sultan.
5. Akibatnya sultan membunuh Tun Mutahir dan keluarganya tanpa usul periksa.
6. Rakyat Melaka berpecah belah,
7. Perdagangan Melaka merosot.
8. Keutuhan kerajaan terjejas.
c) Kelemahan askar Melaka
1. Askar Melaka menggunakan senjata tradisional seperti :
i. keris, tombak
ii. panah
iii. perisai
iv. sumpit beracun.
2. Askar Melaka mempunyai senjata seperti senapang dan meriam.
3. Senjata Portugis lebih baik, contohnya meriam Portugis boleh menembak dari jarak yang lebih jauh lagi.
4. Angkatan perang Melaka didapati tidak mempunyai struktur yang lengkap
5. Angkatan perang Portugis dipimpin oleh Alfonso de Albuquerque yang dilantik oleh Raja Portugal untuk mengetuai serangan.
6. Askar Portugis lebih terlatih dan mendapat sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa, India.
7. Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri ketika Portugis menyerang Melaka
Kedatangan Kuasa Luar ke Melaka
KEDATANGAN KUASA LUAR
Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan telah menarik minat kuasa luar datang ke Melaka.Kedatangan kuasa luar ini disebabkan oleh penemuan jalan laut, penyebaran agama dan keperluan bahan mentah.
Kedatangan Portugis
|
Portugis telah datang ke Melaka pada tahun 1509. Pada awalnya kedatangan mereka hanya untuk berdagang. Oleh sebab Melaka menjadi pusat perdagangan rempah dan enterpot yang terkenal, Portugis telah menawan Melaka pada tahun 1511.
|
Kedatangan Belanda
|
Belanda telah pun bertindakk di Betawi (Indonesia) semasa menguasai Melaka. Belanda ingin monopoli kawasan perdagangan di Selat Melaka. Selain itu, Belanda juga hendak menguasai rempah dan bijih timah. Belanda dengan bantuan Johor telah menakluki Melaka pada tahun 1641.
|
Kedatangan British
|
Semasa Belanda menguasai Melaka, pihak British telah bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786. Namun pelabuhan Pulau Pinang tidak berkembang maju, oleh itu, British hendak menguasai pelabuhan Melaka serta ingin menguasai kawasan bijih timah di Semenanjung Tanah Melayu. Melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 18824, British telah dapat menduduki Melaka.
|
Kegemilangan Melaka Sebagai Pusat Pengembangan Agama Islam
PUSAT PENGEMBANGAN AGAMA ISLAM
-
- Kedah ; batu nisan di Tanjung Inggeris, - abad ke-9
- Terengganu : batu bersurat Kuala Berang- abad ke-13
- Melaka : Megat Iskandar Shah memeluk Islam-abad ke-15
- Antara cara agama Islam disebarkan di Melaka ialah melalui perkahwinan Sultan Melaka, iaitu Megat Iskandar Shah dengan Puteri Raja Pasai yang memeluk Islam.
- Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.
- Pedagang Islam dari Arab dan India menyebarkan agama Islam ke Melaka melalui kegiatan dakwah. Ada antara mereka yang berkahwin dengan masyarakat Melaka dan menyebarkannya kepada penduduk tempatan.
- Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama Islam.
- Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah.
- Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama.
- Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran.
- Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim al-Jali yang mengarang kitab Insan al-Kamil.
- Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam.
- Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat amir Hamzah dan Hikayat Muhammad ali Hanafiah.
- Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran.
- Melalui perdagangan
- Ramai pedagang asing yang memeluk Islam di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tempat asal mereka.
- Melalui peranan tentera upahan
- Misalnya, tentera upahan dari Jawa yang memeluk agama Islam di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tanah air.
- Melalui penaklukan
- Raja di negeri taklukan memeluk Islam untuk menjamin keselamatan negeri dan menunjukkan taat setia kepada sultan Melaka.
- Peranan pendakwah, ulama dan ahli agama (sufi)
- Mereka telah menyebarkan Islam ke Jawa, Kalimatan, dan selatan Filipina dengan cara berhemah dan bukan dengan paksaan.
- Melalui perkahwinan politik
- Putera dan puteri Melaka dengan putera dan puteri kerajaan lain.
- Contohnya, puteri Sultan Mansur shah berkahwin dengan putera Raja Pasai.
- Peranan pemerintah Melaka
- Contohnya, menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar, dan Inderagiri serta member galakan kepada pendakwah untuk menyebarkan agama Islam.
- Dalam pentadbiran
- Institusi kesultanan telah menggantikan sistem beraja dan gelaran raja digantikan dengan sultan.
- Menggunakan undang-undang fikah (syariah) seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
- Pengajian al-Quran menjadi asas sistem pendidikan di Melaka.
- Bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu dan lingua franca. Tulisan jawi digunakan secara meluas.
- Agama Islam mempengaruhi kesenian, contohnya ukiran di kubah masjid, mimbar, mihrab, menara azan, dan batu nisan. Terdapat tulisan khat dan ukiran berbentuk bunga, geometri dan ayat al-Quran atau hadis.
- Amalan masyarakat seperti upacara khatam al-Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah.
Saturday, 4 May 2013
Struktur Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dan Struktur Pentadbiran Negara Malaysia kini
JAWATAN PENTADBIRAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
|
TUGAS
|
JAWATAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA PADA HARI INI
|
Bendahara
|
Ketua Pentadbir Negara
|
Perdana Menteri
|
Penghulu Bendahari
|
Menjaga kewangan dan mengurus perbelanjaan negeri
|
Menteri Kewangan
|
Temenggung
|
Menjaga keselamatan negara
|
Menteri Dalam Negeri
|
Laksamana
|
Menjaga perairannegara
|
Ketua Turus Angkatan Tentera Laut
|
Tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka
TOKOH DAN SUMBANGAN
Parameswara
Parameswara
- mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka
- memajukan Melaka daripada sebuah perkampungan nelayan sehingga menjadi pusat perdagangan
- menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara China
- menjadikan Melaka sebagai pusat pengajian agama Islam
- menggubal Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
- memperluas kuasa Melaka dengan menakluki Bernam, Perak dan Siak
- mempertingkatkan keselamatan dan keamanan Melaka
- menjadi Bendahara semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
- memastikan dasar peluasan kuasa berjaya. Buktinya beliau menguasai Pahang
- menguruskan pentadbiran negara dengan bijaksana
KEGEMILANGAN MELAKA
PENTADBIRAN YANG SISTEMATIK
Kerajaan Melaka diketuai oleh Sultan. Sultan mempunyai kuasa yang tertinggi dan hampir berkuasa penuh dalam pentadbiran negeri. Dalam mentadbirkan negeri, Sultan dibantu oleh Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh Orang Besar Empat, iaitu Bendahara, Temenggung, Laksamana, dan Penghulu Bendahari.
Berikut adalah peranan dan tugas Raja dan Pembesar-pembesar negeri :
Sultan
Kerajaan Melaka diketuai oleh Sultan. Sultan mempunyai kuasa yang tertinggi dan hampir berkuasa penuh dalam pentadbiran negeri. Dalam mentadbirkan negeri, Sultan dibantu oleh Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh Orang Besar Empat, iaitu Bendahara, Temenggung, Laksamana, dan Penghulu Bendahari.
Berikut adalah peranan dan tugas Raja dan Pembesar-pembesar negeri :
Sultan
- pemerintah negeri, ketua pentadbir, ketua agama Islam, dan ketua tentera
- hampir berkuasa penuh dalam pentadbiran negara
- penasihat utama dan pembesar terpenting sultan
- ketua eksekutif kerajaan, iaitu sama seperti jawatan Perdana Menteri sekarang
- memangku jawatan sultan apabila baginda tiada dalam negeri atau gering
- bertanggungjawab mengendalikan perbelanjaan negeri
- mengutip cukai serta bayaran lain yang ditentukan oleh kerajaan
- beliau dibantu oleh bendahari-bendahari Melaka dan syahbandar
- mengetuai pasukan keselamatan dalam negeri,
- ketua polis dan ketua penjara, ketua protokol istana, hakim kes-kes jenayah di darat, penguasa kota Melaka
- bertanggungjawab menjaga keamanan dalam negeri serta keselamatan sultan
- ketua angkatan laut, pengawal keselamatan sultan
- ketua utusan diraja ke seberang laut
Melaka Mendapat Nama
Melaka mendapat namanya setelah berlaku peristiwa aneh sewaktu Parameswara serta pengikutnya pergi berburu. Sewaktu berehat di bawah sepohon pokok, anjing buruan Parameswara cuba menangkap seekor pelanduk putih. Walaupun kecil, pelanduk putih itu telah berjaya menendang anjing buruan Parameswara sehingga terjatuh ke dalam sungai.
Parameswara yang ternampak peristiwa itu berasa amat kagum melihat akan keberanian dan kekuatan pelanduk putih itu. Parameswara dan para pengikutnya bersependapat bahawa tempat itu sungguh istimewa dan sesuai untuk dijadikan negeri setelah menyaksikan peristiwa itu.
Baginda kemudiannya menamakan tempat itu Melaka, bersempena dengan nama pohon tempat baginda berehat.
Parameswara yang ternampak peristiwa itu berasa amat kagum melihat akan keberanian dan kekuatan pelanduk putih itu. Parameswara dan para pengikutnya bersependapat bahawa tempat itu sungguh istimewa dan sesuai untuk dijadikan negeri setelah menyaksikan peristiwa itu.
Baginda kemudiannya menamakan tempat itu Melaka, bersempena dengan nama pohon tempat baginda berehat.
Sunday, 21 April 2013
Asal Usul Pengasasan Melaka
Parameswara ialah putera raja dari Palembang. Palembang ketika itu adalah dibawah naungan Majapahit. Parameswara telah dilahirkan pada tahun 1344. Pada tahun 1390, baginda telah berkahwin dengan seorang puteri kepada Maharaja Majapahit dan menjadi pendukung setia kepada bapa mertuanya.
Tidak lama kemudian, Parameswara telah mengingkari janji setianya kepada Maharaja Majapahit. Parameswara berusaha membebaskan Palembang dari penguasaan kerajaan Majapahit. Tindakan ini telah menyebabkan Maharaja Majapahit menghantar panglima perangnya untuk menghalau Parameswara dari Palembang.
Parameswara telah melarikan diri ke Tumasek, iaitu nama lama bagi Singapura bersama pengikut dan ahli keluarganya. Pada waktu itu, Tumasek diperintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam bernama Temagi. Parameswara telah membunuh gabenor itu dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Singapura dan pulau-pulau di sekelilingnya. Kejadian ini menjadi kemarahan kepada Siam. Parameswara telah melarikan diri ke Muar sebelum Siam sempat menyerangnya dan menetap di situ selama kira-kira dua tahun.
Di Muar, Parameswara gagal menubuhkan sebuah kerajaan di dua buah tempat iaitu di Biawak Busuk dan Kota Buruk kerana diganggu oleh kehadiran biawak yang terlalu banyak dan peristiwa sebuah pondok yang tiba-tiba runtuh. Baginda telah membawa pengikutnya ke suatu tempat yang bernama Sening Ujung atau sekarang dikenali sebagai Sungai Ujung dan Bertam hingga akhirnya tiba di sebuah perkampungan nelayan.
Pada suatu hari, Parameswara dan pengikutnya pergi berburu. Apabila kepenatan, Parameswara bersandar pada sepohon pokok.Tiba-tiba, anjing perburuan Parameswara ditendang oleh seekor pelanduk putih dan anjing itu terjatuh ke dalam sungai. Parameswara yang ternampak peristiwa itu berasa amat kagum melihat akan keberanian dan kekuatan pelanduk putih itu. Parameswara berpendapat bahawa tempat itu sangat bertuah dan sesuai dijadikan negeri. Parameswara menamakan tempat itu berdasarkan nama pokok yang disandarnya, iaitu Melaka.
Tidak lama kemudian, Parameswara telah mengingkari janji setianya kepada Maharaja Majapahit. Parameswara berusaha membebaskan Palembang dari penguasaan kerajaan Majapahit. Tindakan ini telah menyebabkan Maharaja Majapahit menghantar panglima perangnya untuk menghalau Parameswara dari Palembang.
Parameswara telah melarikan diri ke Tumasek, iaitu nama lama bagi Singapura bersama pengikut dan ahli keluarganya. Pada waktu itu, Tumasek diperintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam bernama Temagi. Parameswara telah membunuh gabenor itu dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Singapura dan pulau-pulau di sekelilingnya. Kejadian ini menjadi kemarahan kepada Siam. Parameswara telah melarikan diri ke Muar sebelum Siam sempat menyerangnya dan menetap di situ selama kira-kira dua tahun.
Di Muar, Parameswara gagal menubuhkan sebuah kerajaan di dua buah tempat iaitu di Biawak Busuk dan Kota Buruk kerana diganggu oleh kehadiran biawak yang terlalu banyak dan peristiwa sebuah pondok yang tiba-tiba runtuh. Baginda telah membawa pengikutnya ke suatu tempat yang bernama Sening Ujung atau sekarang dikenali sebagai Sungai Ujung dan Bertam hingga akhirnya tiba di sebuah perkampungan nelayan.
Pada suatu hari, Parameswara dan pengikutnya pergi berburu. Apabila kepenatan, Parameswara bersandar pada sepohon pokok.Tiba-tiba, anjing perburuan Parameswara ditendang oleh seekor pelanduk putih dan anjing itu terjatuh ke dalam sungai. Parameswara yang ternampak peristiwa itu berasa amat kagum melihat akan keberanian dan kekuatan pelanduk putih itu. Parameswara berpendapat bahawa tempat itu sangat bertuah dan sesuai dijadikan negeri. Parameswara menamakan tempat itu berdasarkan nama pokok yang disandarnya, iaitu Melaka.
Friday, 19 April 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)