PUSAT PENGEMBANGAN AGAMA ISLAM
-
- Kedah ; batu nisan di Tanjung Inggeris, - abad ke-9
- Terengganu : batu bersurat Kuala Berang- abad ke-13
- Melaka : Megat Iskandar Shah memeluk Islam-abad ke-15
- Antara cara agama Islam disebarkan di Melaka ialah melalui perkahwinan Sultan Melaka, iaitu Megat Iskandar Shah dengan Puteri Raja Pasai yang memeluk Islam.
- Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.
- Pedagang Islam dari Arab dan India menyebarkan agama Islam ke Melaka melalui kegiatan dakwah. Ada antara mereka yang berkahwin dengan masyarakat Melaka dan menyebarkannya kepada penduduk tempatan.
- Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama Islam.
- Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah.
- Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama.
- Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran.
- Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim al-Jali yang mengarang kitab Insan al-Kamil.
- Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam.
- Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat amir Hamzah dan Hikayat Muhammad ali Hanafiah.
- Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran.
- Melalui perdagangan
- Ramai pedagang asing yang memeluk Islam di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tempat asal mereka.
- Melalui peranan tentera upahan
- Misalnya, tentera upahan dari Jawa yang memeluk agama Islam di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tanah air.
- Melalui penaklukan
- Raja di negeri taklukan memeluk Islam untuk menjamin keselamatan negeri dan menunjukkan taat setia kepada sultan Melaka.
- Peranan pendakwah, ulama dan ahli agama (sufi)
- Mereka telah menyebarkan Islam ke Jawa, Kalimatan, dan selatan Filipina dengan cara berhemah dan bukan dengan paksaan.
- Melalui perkahwinan politik
- Putera dan puteri Melaka dengan putera dan puteri kerajaan lain.
- Contohnya, puteri Sultan Mansur shah berkahwin dengan putera Raja Pasai.
- Peranan pemerintah Melaka
- Contohnya, menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar, dan Inderagiri serta member galakan kepada pendakwah untuk menyebarkan agama Islam.
- Dalam pentadbiran
- Institusi kesultanan telah menggantikan sistem beraja dan gelaran raja digantikan dengan sultan.
- Menggunakan undang-undang fikah (syariah) seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
- Pengajian al-Quran menjadi asas sistem pendidikan di Melaka.
- Bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu dan lingua franca. Tulisan jawi digunakan secara meluas.
- Agama Islam mempengaruhi kesenian, contohnya ukiran di kubah masjid, mimbar, mihrab, menara azan, dan batu nisan. Terdapat tulisan khat dan ukiran berbentuk bunga, geometri dan ayat al-Quran atau hadis.
- Amalan masyarakat seperti upacara khatam al-Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.